Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAHNIAH ZAHID HAMIDI: Bazar Makam Chow Kit Kini DIKUASAI Peniaga Bangladesh

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
TAHNIAH ZAHID HAMIDI: Bazar Makam Chow Kit Kini DIKUASAI Peniaga Bangladesh

Kuala Lumpur: Dulu Indonesia, kini peniaga warga Bangladesh pula ‘menjajah’ lokasi perniagaan bazar malam sekitar Lorong Haji Taib, Chow Kit, di sini.

Kawasan itu yang mendapat jolokan ‘mini Dhaka’ kini dipenuhi hampir 100 peniaga asing dari negara berkenaan yang dipercayai beroperasi secara haram.

Kumpulan peniaga haram itu menerima ramai pelang­gan berikutan kemahiran mereka menjahit pakaian.

Mereka didapati menguasai kawasan bazar sepanjang 200 meter di situ sekali gus menyebabkan peniaga tempatan disingkir secara halus.

Kebanjiran mereka dipercayai selepas pemilik tapak yang mendapat kelulusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyewakan tapak berkenaan kepada warga asing Bangladesh.

Tinjauan Metro Ahad mendapati kebanyakan peniaga Bangladesh berkenaan menjalankan perniagaan pakaian terpakai atau bundle serta jahitan ubah suai pakaian.

Seorang peniaga tempatan yang mahu dikenali Ismail, 56, berkata, hampir empat tahun warga Bang­ladesh menguasai kawasan berkenaan.

  Katanya, bilangan warga Bangladesh berkenaan lebih ramai berbanding peniaga tempatan.

“Dianggarkan tidak sampai 20 tapak gerai diusahakan peniaga tempatan, selebihnya adalah warga Bangladesh.

“Mereka (Bangladesh) menyewa daripada pemilik tapak berkenaan dan peniaga tempatan pun tidak boleh halang mereka.

“Sekiranya tidak membenarkan peniaga asing itu berniaga hanya tinggal beberapa gerai dibuka dan sudah pasti semakin kurang mendapat sambutan daripada pengunjung,” katanya.

Ismail yang sudah 29 tahun berniaga di kawasan berkenaan berkata, sambutan pengunjung di situ yang semakin berkurangan menjadi punca peniaga berkenaan menyewakan tapak mereka.

Katanya, pemilik tapak berkenaan boleh mendapatkan keuntungan lebih dengan menyewakan tapak kepada warga asing berbanding mereka meneruskan perniagaan.

“Sewa tapak yang mereka dapat daripada DBKL hanya RM72 setahun dan mereka akan mendapat keuntungan dengan mudah apabila menyewakan kepada warga asing dengan harga RM300 hingga RM600 sebulan.

“Itu lebih menguntungkan berbanding mereka berniaga kerana sambutan pengunjung yang berkurangan apabila semakin banyak kawasan gerai jualan seperti uptown, bazar larut malam, pasar malam dan sebagainya di buka di sekitar ibu kota ini,” katanya.

Menurut Ismail lagi, warga asing berkenaan juga licik kerana mereka tidak membuka gerai apabila ada operasi dilakukan pihak berkuasa.

“Walaupun terdapat operasi dilakukan oleh pihak berkuasa, peniaga Bangladesh berkenaan licik apabila menggunakan warga tempatan untuk menjaga gerai mereka untuk sementara.

“Malah, setiap kali operasi warga asing berkenaan tidak membuka gerai mereka, seolah-olah mendapat maklumat awal mengenai operasi yang diadakan pihak berkuasa,” katanya.

- Metro Ahad

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.