Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[SERONOK MELAKAR SEJARAH] Pemuda UMNO cawangan mesyuarat dalam sungai

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
[SERONOK MELAKAR SEJARAH] Pemuda UMNO cawangan mesyuarat dalam sungai
PEMUDA UMNO cawangan Bongor Batu 48, Baling adakan mesyuarat agung tahunan di Sungai Ketil berikutan cuaca panas.

BALING: Keadaan cuaca yang panas membahang di Kedah 
ketika ini, memaksa perwakilan Pemuda UMNO Cawangan Batu 48 di Bongor, dekat sini, memilih untuk bermesyuarat dalam sungai, hari ini. 

Tindakan itu diambil selepas mengambil kira keadaan Dewan Orang Ramai Kampung Batu 48 yang menjadi venue asal Mesyuarat Agung Pemuda UMNO cawangan itu yang terlalu panas dan kurang selesa, sebelum keputusan dibuat untuk memindahkannya ke Sungai Ketil, yang terletak kira-kira 500 meter dari situ. 

Berdasarkan tinjauan BH, lebih 40 perwakilan yang hadir masing-masing membuka kasut dan menyinsing seluar hingga ke paras lutut untuk duduk di kerusi yang disusun di dalam air di kawasan cetek di sungai terbabit. 

Penyelaras mesyuarat, Mohd Azrani Ariffin, berkata ia kali pertama mesyuarat terbabit diadakan di dalam sungai kerana cuaca panas hingga mencecah 37 darjah Celcius di kawasan terbabit, atas keputusan dan persetujuan semua perwakilan. 

Beliau berkata, walaupun berlangsung di dalam sungai, perjalanan mesyuarat terbabit tetap berjalan lancar dan mendapat sambutan yang baik. 

"Ini satu kelainan dan melakar sejarah apabila mesyuarat UMNO diadakan di dalam sungai. Berikutan perubahan cuaca yang panas dan air sungai yang cetek, ahli pemuda bersetuju mengadakan mesyuarat itu di sungai berkenaan," katanya. 

Mesyuarat berkenaan dirasmikan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Baling, Mohd Noor Mohd Amin.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.