Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MANIFESTO BUKAN JANJI, SELAGOR KAJI BATALKAN AIR PERCUMA!!!

SEMUT HITAM
MANIFESTO BUKAN JANJI, SELAGOR KAJI BATALKAN AIR PERCUMA!!!
Heh! Apa yang nak diherankan sangat bila Rejim Pakatan Selangor yang dipimpin oleh Si Azmin Ali tu kata diorang akan buat kajian semula untuk memberi perkhidmatan 'Air Percuma' ni.

Orang tua - tua dulu pun dah pernah pesan, "Jangan kita bangga sangat dengan benda baik yang kita nak buat. Eloknya, benda baik tu kita diamkan sahaja. Tak payah kecoh - kecoh".

Tapi lain pulak dengan puak Pakatan Haprak ni. Dek kerana diorang nak tunjuk sangat ke-SOMBONG-an dan ke-ANGKUH-an diorang kepada umum, itu yang membuatkan diorang lupa diri.

Sekarang bila keadaan dah semakin tersepit, mula la diorang mencari helas untuk dijadikan alasan bertaraf Longkang bagi menutup kemaluan mereka yang telah terdedah kepada umum.

Kalau dulu, diorang bangga tak ingat dunia bila bagi air percuma kepada rakyat. Sekarang, bila keadaan dah semakin hampir darurat, sibuk pulak diorang bagi alasan nak buat kajian semula.

Mula la mereka dari kalangan pemimpin Pakatan Haprak tu memberi alasan bahawa ianya tidak melanggar Manifesto Pakatan Haprak tu sekiranya pemberian Air Percuma tu ditarik balik.
ADUN Taman Templer, Zaidy Abdul Talib berkata, pengolahan skim pemberian 20 meter padu air percuma ini perlu dikaji semula bagi memastikan tiada pembaziran berlaku dari segi pengurusan perbelanjaan kerajaan negeri mahupun dari segi penggunaan air secara jimat oleh rakyat.
Pulak dah!!! Yang bagi Air Percuma tu pulak yang diorang anggap sebagai satu pembaziran. Yang buat penambah-baikkan pintu gerbang makan Dana Rakyat berjuta ringgit tu, tak membazir ke?

Yang belanja sampai Juta - Juta semata - mata nak memperbaiki kubah Masjid tu tak pulak diorang anggap ianya sebagai satu pembaziran? Nak belanja sampai 800 juta untuk bina Loji baru tu pun tak membazir kata diorang.

Sebaliknya, memberi air percuma kepada rakyat pulak dianggap sebagai satu 'Pembaziran' bagi perbelanjaan Rejim Pakatan Selangor tu. Begitu la mudahnya diorang nak memperdayakan rakyat.

Kenyataan itu bukan sahaja membuktikan bahawa puak Pakatan Haprak ni mengamalkan Politik Retorik untuk MENIPU rakyat. Tapi diorang juga turut menonjolkan sifat Hipokrit dan sekali gus membuktikan bahawa mereka ni jenis manusia MUNAFIK belaka!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.