Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CERITA KUCING PUN BOLEH JADI "VIRAL"!!!

SEMUT HITAM
CERITA KUCING PUN BOLEH JADI "VIRAL"!!!
Heh! Nampak gayanya, Kucing pun boleh mengalahkan kehangatan puak Pakatan Haprak tu menganjurkan perhimpunan semalam. Dengar katanya, cerita pasal Kucing nama Jep ni lagi panas.

Walaupun Jep bukan anak kandungnya, namun Ummi tetap membelainya dengan penuh kasih sayang seperti dua anaknya yang lain. Hampir setiap hari Jep dibelai dan diberikan penjagaan sempurna oleh Ummi dan suaminya, Mohd Kamarul Anuar, 33.

Sebenarnya Jep adalah seekor kucing yang menjadi viral sejak dua tahun lalu di laman Facebook 'Oh My Jep'. Bagi peminat kucing, tidak lengkap kamus mereka sekiranya tidak mengenali Jep, kucing baka American Shorthair.

Ketika didekati dengan lebih rapat, wanita yang lebih mesra dengan panggilan Ummi ini mudah mesra bagi berkongsi kisah Jep dan lima lagi kucing peliharaannya.

Menurut Ummi atau nama sebenarnya, Nor Azwana Awang, 30, kisah Jep mula mendapat perhatian selepas dia sering berkongsi gambar-gambar Jep beserta dengan kata-kata melibatkan isu semasa.
"Hanya kongsi dalam grup kawan-kawan dan peminat kucing. Dari situ Jep mula dikenali dan mereka sarankan saya buka fans page."Selepas itulah baru saya buka page Facebook, tak sangka mendapat perhatian begini," katanya ketika ditemui Karnival Usahawan Fius 2.0, Seksyen 7, Shah Alam, hari ini.
Sepanjang tiga tahun hidup bersama dan menjaga Jep dengan penuh kasih sayang, beberapa kisah mengerikan buat ibu kepada dua anak itu ialah kehilangan Jep selama beberapa hari.
"Kami sekeluarga menjadi tidak keruan, merata mencarinya tidak jumpa. Sekali dia hilang hampir 500 meter dari rumah dan sekali lagi hilang dalam perkampungan orang asli sekitar rumah kami," katanya yang tinggal di Maran, Pahang. - selanjutnya...
Apa yang pasti, Jep hanya memerlukan kasih sayang dari sebuah keluarga yang benar - benar menghargainya. Jep tak perlu buat perhimpunan untuk meraih sokongan Simpati Murahan untuk mengumpulkan pengikut.

Tapi, itu la ceritanya manusia yang sayang pada kucing. Baru hilang sekejap pun dia dah mula terasa tak tentu arah. Mungkin, itu juga perasaan seorang manusia yang hilang jawatan dan tidak diberikan tumpuan. Maka mula la dia pun hilang arah dan pedoman!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.