Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BALING TELUR: TAK HABIS LAGI CERITANYA!!!

SEMUT HITAM
BALING TELUR: TAK HABIS LAGI CERITANYA!!!
Heh! Siapa sangka. Insiden Si Apek Kit Siang tu kena baling dengan telur baru - baru ni menyebabkan pekung yang selama ini disimpan dengan baik oleh puak - puak Pakatan Haprak tu terbuka kepada umum.

Secara umumnya, yang kita tau, tindakan ahli DAPigs membaling telur bagi menyambut kedatangan Si Apek Kit Siang dan Pengerusi DAPigs Pahang tu adalah diakibatkan rasa kecewa mereka.

Dalam kenyataan media yang dibuat, salah seorang wakil DAPigs tu menyatakan bahawa mereka tidak puas hati dengan keputusan berhubung calon yang ditetapkan dalam Pilihan Raya Umum yang lalu.


Tapi dari sumber yang kita dengar, DAPigs terpaksa tunduk kepada desakan PKR yang pada ketika ini mendesak mahu bertanding di DUN Damak walaupun kawasan tersebut menjadi kawasan tradisi DAPigs.

Maka timbul pula perbalahan serta saling tuduh menuduh dikalangan pemimpin DAPigs dan PKR yang menganggap mereka menjadi punca kepada berlakunya insiden sedemikian rupa.


Mungkin dek kerana enggan menerima tanggungjawab dan cuba nak melepaskan diri dari dituduh sebagai punca rasa kecewa ahli DAPigs di Jerantut, PKR Jerantut mengeluarkan kenyataan memburukkan PAS pulak.

Kenyataan yang dibuat oleh Ketua Cabang PKR Jerantut menuduh PAS buat kerja pandir kerana menjalinkan hubungan kerjasama Politik dengan parti yang dipimpin oleh Mamak Kadiaq.

Tanpa rasa hormat terhadap bekas rakan Tahaluf Siyasi itu, PKR mendakwa PAS sudah hilang pendirian kerana menolak untuk terus kekal bersama - sama dalam Pakatan Haprak yang baru.

Hakikatnya, tindakan Ketua Cabang PKR Jerantut tu mengeluarkan kenyataan sedemikian adalah untuk mengalih perhatian dan sengaja nak menyembunyikan kemaluan mereka dikhalayak ramai.

Rentetan dari apa yang berlaku baru - baru menjelaskan bahawa dikalangan puak - puak Pakatan Haprak ni hanya sekadar berjuang demi menjaga kepentingan Politik Peribadi diri sendiri je. Bukannya diorang betul - betul berjuang untuk rakyat!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.