Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1MDB: Lembaga Kewangan Singapura sahkan soal bank

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar
1MDB: Lembaga Kewangan Singapura sahkan soal bank

Lembaga Kewangan Singapura (MAS) mengesahkan bahawa pihaknya telah menyoal-siasat beberapa bank berhubung aliran dana yang melalui sistem perbankan negara bandar raya itu dalam siasatannya ke atas 1MDB.

"MAS boleh mengesahkan sebagai sebahagian daripada siasatan kemungkinan berlakunya pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain di Singapura, ia telah menjalankan penelitian menyeluruh ke atas pelbagai transaksi dan juga dana yang mengalir melalui sistem perbankan kami.

"MAS telah meminta beberapa institusi kewangan untuk memberi maklumat berkaitan dengan penelitian itu," kata seorang jurucakap MAS dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Ia berkata demikian ketika menjawab soalan sama ada MAS menyoal kira-kira 40 bank dalam siasatannya berhubung dana berkaitan dengan 1MDB.

Akhbar The Australian melaporkan bahawa bank-bank yang disiasat itu termasuk ANZ Bank yang berpangkalan di Australia dan NAB Bank.

Menurut laporan itu, pemindahan serendah AU$50,000 (kira-kira RM149,998) di bawah penelitian untuk melihat sama ada dana berkenaan dipecahkan supaya tidak dapat dikesan.

Skandal 1MDB telah mencetuskan satu siri siasatan antarabangsa termasuk di Singapura, Amerika Syarikat, Switzerland, Hong Kong dan terbaru di Luxembourg. - MK

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.